Friday 18 December 2015

Hubungan & Persamaan Gaya Kepimpinan Serta Ciri2 Usahawan

Gaya Kepimpinan

Gaya kepimpinan merupakan  cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.  Pada dasarnya gaya kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:

        1) Kepimpinan Autokratik:
  • Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Gaya kepimpinan ini  melibatkan aktiviti pembuatan keputusan dilakukan oleh seorang ketua sahaja. Pekerja tidak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang pandangan, idea mahupun pendapat.  Ketua memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan gaya ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.
        2) Kepimpinan Demokrasi:
  • Gaya kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Pada masa yang sama pemimpin akan menilai setiap pandangan yang diberikan sebelum mengambil sebarang keputusan bagi permasalahan yang dihadapi.
        3) Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan):
  • Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, memberikan kuasa sepenuhnya kepada pekerja organisasi untuk membuat keputusan. Seorang ketua atau pemimpin akan memberi kuasa kepada pekerjanya untuk membuat keputusan berdasarkan garis panduan yang telah disediakan oleh organisasi.
       4) Kepimpinan Kontingensi
  • Model kepimpinan kontingensi yang diketengahkan oleh Fiedler menyarankan bahawa prestasi sesuatu kumpulan adalah tertakluk kepada sistem motivasi pemimpin itu sendiri dan setakat mana pemimpin tersebut boleh mengawal dan mempengaruhi situasi. ·   Keberkesanan sesuatu corak kepimpinan bergantung kepada interaksi antara perlakuan pemimpin dengan tiga pembolehubah situasi, iaitu struktur tugas, perhubungan pemimpin dan pengikut, dan kedudukan serta kuasa pemimpin.

Ciri-ciri Usahawan

Ciri-ciri umum profil usahawan berjaya.
Terdapat banyak faktor yang dapat mempengaruhi seseorang usahawan berjaya. Berikut adalah ciri-ciri umum yang sering dikaitkan dengan personaliti seseorang usahawan yang dapat memberikan gambaran tentang ciri-ciri dan profil seorang usahawan.




Menurut Soo Ji Min ( 1999 ):